Thursday, January 6, 2011

Rahsia Disebalik Senyuman

“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”

Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson". 
Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.J

Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan sekalian, jangan lupa untuk senyum....
Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita....JJJJJ

No comments:

Post a Comment