Friday, April 1, 2011

I'M BACK

Lamenya rase xmenuli dalam blog nie... perkembangan terkini, aku dah 2 minggu memulakan praktikum disekolah. So far,segalanya berjalan dengan lancar. aku kena mngajar tahun 2,3 dan 4. Comey2 budak2 sekolah ni (SK Bagan Jermal, Butterworth...) sekolah ni ok la,xla besar sgt (menyebabkan berat badan bertambah) huhu... Disebabkan sekolah kecil la aku jd semakin comey..haha... xbersenam la katakan...

Gambar mase kat bilik guru... saje isi masa terluang yg ada... hehe.

Thursday, February 17, 2011

Sound Forge

SoundForge8Screenshot.jpg

Hari ni jumaat, 18 Februari 2011... 8.00 - 10.00 a.m. di dalam makmal multimedia 7 dalam subjek multimedia dalam PSV.. aku dan kwn sekelas dikehendaki mempelajari sound forge, salah satu perisian untuk mengedit audio. tp kan, kemalasan sentiasa merajai diriku ini dan akibatnya.... 
  • aku x fokus
  • ber 'facebook'
  • baca metro online
tp aku ade la jugak menjeling2 p&p oleh pensyarah, nanti akan ku practisekn dalam bilik nnti (ye ker???) huhu... Actually, ak xberapa nk sihat hr ni, semalam seharian penat pergi lawatan ilmiah ke ipoh,perak. Byk input yg diperoleh hasil lawatan tu n then kena buat report pulak.. Malasnye... Sabo jela... huhu. Tu la yg perlu ak lakukan untuk mencapai impian ku bergelar seorang pendidik, InsyaAllah... 

Wednesday, January 12, 2011

Pantang Larang Dalam Keluarga

Pada semester ini, kami mempelajari matapelajaran EDU3106: Budaya Dan Pembelajaran. Tahu ape yg menarik mengenai subjek nie??? kiteorg belaja tentang asal usul keluarga masing2. Dari sini lah kiteorg dpt mengenali asal usul serta ahli keluarga masing2 dgn lbh mendalam lg. Menarik tau... Ada yg mempunyai asal usul dari keturunan lanun... Lanun???


Hahaha...tu la best nya subjek nie... Aku pulak biasa2 je, berketurunan jawa. Mungkin moyang aku dulu berasal dr indonesia, ak pon xpasti sgt.. Eh, ape la kaitannye asal usul gan pantang larang??? Haa, ni la nk habaq mai (keluar dah loghat utara). dari asal usul nie la terbitnya pelbagai pantang larang yg dianggap sebagai kepercayaan yg diwarisi turun temurun, kononnya penting agar hidup jd lebih baik dan selamat...huhu.


will be continue....



Sunday, January 9, 2011

~LOVE~

Cinta adalah perasaan istimewa yang dianugerahkan kepada manusia. Cinta menghidupkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang bahagia dan merana pada masa yang sama. Sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya, bukan hambanya.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...


Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...


Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...


Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...


Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...


Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan


Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...


Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...


Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...


Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Thursday, January 6, 2011

Rahsia Disebalik Senyuman

“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”

Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson". 
Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.J

Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan sekalian, jangan lupa untuk senyum....
Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita....JJJJJ

"BYE"

Kenapa aku baru tau maksud perkataan "BYE"...SubhanAllah!!! Perkataan "BYE" merupakan jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islamyang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.InsyaAllah.



Wednesday, January 5, 2011

~Lalalalala~


"CINTA MENCINTAI KITA"
Tidak pernah ku sangka
Rupanya kau lebih ku cinta
Dari hati yang putih
Ku hadir untukmu sayang
Aku turut merasa gelora
Yang menghempas jiwa
Biar lama ku tunggu
Ku pasti kau tiba
Kau selalu menduga, menguji
Kejujuran di kamar hati
Membuatku dihimpit oleh keresahan
Ohh… ohh…
Kita memendam rasa dan bermimpi
Terbang ke langit
Langit yang tinggi
Bertemankan awan indah memutih
Sambut tanganku sayang
Bawa ku ke syurga impian
Tiada lagi curiga
Oh… yeah
Kaulah yang ku cinta
Kasih ku kasihi dia
Cinta mencintai kita
Kasih ku kasihi dia
Oh… oh….oh…

       Dikala kebosanan,lagu nie lah yang selalu aku nyanyikan & ada jugak kawan yang akan menyanyikannya bersama2 iaitu hanie... Kadang2 jiwang best jugak, xde lah tension & bukan selalu dapat feel tu.. huhu... dah jadi macam hobi kot (suka menyanyi). 
       Sem baru pun baru je bermula tp dah banyak tugasan diberikan oleh lecturer, adat la tu kan sebagai seorg student. Apa yang penting, aku dah tanam azam untuk wat yang terbaik sem ni.. (boley caye ke? hahahaha..) cm tu lah kot, tanam azam bnyak2 tp nk semai tu xtaw la bila... huhu.. Xpela, orang kata biarlah ade semangat dan keyakinan yg kuat baru kejayaan itu dapat ditempa. (eh, sapa yg kata tu erk??? thinking....) Xpela, yang penting aku nk buat yg lebih baik tahun ni, biarlah ape org nk kata, janji aku happy... (^_^)